Monday, November 30, 2009

Kenangan di Aidil Adha

Turn wani plak beraya bersama family kat penang..Family wani tak la seramai family husband yang masing2 dah punyai anak.Adik-adik yang dah kawen pun beraya bersama mertua masing2...Walaupun tak ramai tapi kami happy dapat beraya bersama-sama mak dan adik bongsu..


Eryna di malam raya..


Mak dan adik bongsu

Pepagi lepas hubby balik dari sembahyang dan bersarapan, cam biasa la sesi berair mata(tapi tak nangis pun)..bersalam bermaafan...

Along bersalam dengan tok

Along bersalam dengan ayah

Kami sekeluarga

Along dan Eryna

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha...



Buat semua rakan-rakan blogger...
~Selamat Hari Raya..
~Kalau balik kampung tuh berhati-hati di jalan raya..
~Yang buat korban tahun nih alhamdulillah semoga di limpahi rezeki...

Wani nak mohon maaf atas segala kesilapan yang mungkin ada yg tersentap ngan coretan wani selama nih...
Semoga persahabatan yang di bina terus berkekalan sampai bila-bila...

Bercuti la dengan gembira dan di jauhi dari segala kedukaan..Amin

Wednesday, November 25, 2009

Rambut Raya..

Pagi-pagi lagi Along dah bangun sebab ayah dah janji nak bawak along makan roti canai..Plan yang sebetulnya nak bawa along gunting rambut sama..Rambut along nih pesen tebal dan tak panjang... sib baik tak kerinting kalau tak mau jadik alleycats..ngeh3

Bila suruh along potong cam rambut mawi dia tak mau..Dia kata nanti tak hensem..Tapi along dari awal dah siap pesan jangan buang "rambut panjang dia kat belakang nih"..

Apa-apa ja la along asal rambut nampak kemas pun dah kira ok kan..

Rambut sebelum kena korban...

Rambut dalam proses di korbankan

Selepas rambut dikorbankan. Nampak la nipis sikit berbanding sebelumnya..

Sunday, November 22, 2009

Majlis Hari Jadi..

Kebetulan hari nih ada 2 jemputan tuk ke majlis hari jadi.Satu agak jauh dari rumah dan satu lagi jiran sebangunan rumah nih...


Plan seawalnya nak jugak ke dua-dua majlis ni tapi tak kesampaian juga bila tiba hari ni.Keadaan Eryna tak mengizinkan.Dia demam dan tak selesa.Asyik merengek ja..


Dalam pukul 5 ptg lepas asar kami ke majlis jiran ja.Sebab dekat dan kebetulan dia buat di playground so senang sikit.Kalau apa-apa pun leh terus balik rumah..


Lagipun Along asyik ajak turun ja.Tengok ramai kawan-kawan berlari kesana kemari dari balkoni rumah..Sian plak kat along kalau tak kemajlis tuh..Kebetulan ada badut plak di jemput...bertambah tak sabar lagi la dia..




Hurmm...dalam nih macam -macam coklat ada sampai along tak larat nak makan..

Along bergambar bersama badut.Badut pun budak-budak lagi...
Along takut bila di suruh dekat dengan badut tuh.Hahah...tadi masa kat rumah nak sangat jumpa badut...
Rasa takut tu hilang bila badut buatkan along kapal terbang dengan belonnya..Lepas tuh makan pun dah tak mau.Nak main je la kejanya..hurmm..

Wednesday, November 11, 2009

Suntikan untuk setahun..

Walaupun dah banyak kali pegang anak masa diberik suntikan wani tetap rasa takut dan tak sampai hati..Kesian bila tengok nurse bagi suntikan...kan kaki baby halus..aduhhh terasa sakitnya...Tapi sebagai ibu kena la kuatkan hati nih...Masa along dulu memang tak berani..Mak wani yang pegang..

Hari ni kena ke klinik..alhamdulillah bila sampai orang tak ramai..Cuma 2 3 org ja yg berada dalam klinik tuh.Ingatkan cepat la habis, sekali lambat la plok.Kebetulan ada pulak pemeriksaan(spot-check)dari senior2 nurse..hurmm kena tunggu lama yg tak bestnya nih...Along pun dah gaduh lapaq...

N3 nih bukan nak salahkan siapa2 pun cuma biasa la kalau budak2 duduk lama2 mula la macam2 karenah ditunjukan..Kita pun jadik tak larat nak menunggu lama tambahan Eryna ngan along pulak bukan nak duduk diam2..biasa la budak2

Timbang tadi berat Eryna ada peningkatan begitu jugak along..Rasa lega dan sebagai ibu cuma kita mengharapkan yg sihat dan terbaik la untuk anak2 nih...Bila semua selesai dan Eryna dah dapat suntikan(sib baik tak nangis lama2)...Kami pun terus la sarapan..

Tapi pasal lepas suntikan nih macam-macam yang kita selalu dengar petua tak mau bagi anak demam:
~Letak vick (Tapi nurse kata tak boleh)
~Tuam ngan tuala suam
~Dan ada satu petua dari sorang bidan nih kata ambil bawang merah dibelah tengah kemudian ambil bawang yg separuh di bahagian akar tuh gosokan pelahan di tempat yang kena suntikan..Insyallah baik...

Wani tak pasti sangat dengan semua petua nih..jangan lak buat yer kalau tak pasti..heheheh

Tu yang wani dengar la..macam-macam fakta yang mengelirukan kadang tuh...Tapi ada juga yang betul...


" Tunggu giliran ka adik"

Sempat nak posing along nih...





Aksi-aksi 2 beradik...

Saturday, November 07, 2009

Pertemuan setelah 15 tahun berlalu..

Hari cuti sekolah nih memang ramai la yang nak kawin..Tak terlepas kawan a.k.a sahabat satu kelas yang dah hampir 15 tahun tak bertemu...

Tahniah buat Arnita Abd.Azizi..Dah selamat disatukan dengan pasangan hidupnya..Syukur la semoga kalian berbahagian buat selamanya...

Memang memula ingat dah tak sempat la nak ke majlis arnita sebab 2 3 hari sebelum Eryna kurang sihat.Tapi hari nih nampak cam dah baik...Dan dapatla ibu p tengok kawan yang dah lama tak jumpa..(15thn)

Alhamdulillah akhirnya dapat gak jumpa arnita dengan pakaian kawin yang serba putih berseri..Rasa seronok sangat sampai tak sempat berposing bersama..hheheh..

zaman sekolah

Arnita bersama suami tercinta Kelvin

Setahun sudah berlalu..

Rasa baru ja menempuh alahan,letih, lenguh satu badan mengandungkan Eryna.Tapi hari nih genap la Eryna 1 tahun iaitu 07 Nov 2009..Ibu pun macam ibu-ibu yang lain banyak kenangan manis sepanjang membesarkan anak-anak masing-masing.....

Eryna...

~Seorang yang manja nak sentiasa dipeluk

~Suka petik gitar

~Dah ada 6 btg gigi

~Boleh berjalan 3 4 tapak lepas tuh dah tak mau jalan

~Ibu masih "breastfeeding" Eryna

~Suka memanjat-walaupun pandai turun sendiri tapi tetap menakutkan ibu


Tapi maaf la ibu tak buat pun apa-apa majlis tuk ERyna..Tak pa la nanti bila dah besaq sikit ibu buat ya..(Insyallah)..Lagipun Eryna baru ja baik demam kan..(hehhe alasan)

Ibu cuma belanja tok makan tanda kesyukuran dengan kehadiran Eryna dan Along dalam hidup ayah dan ibu...

Baru lepas keluaq dari perut ibu dan telah dimandikan...

2 hari selepas bersalin.Masih di wad sebab ibu operate..

Usia hampir setahun

Suka sangat dengan iklan dan peminat setia Upin Ipin

Semoga Eryna jadik anak yang solehah,bijak serta pandai menjaga maruah diri dan keluarga..
Ibu dan ayah sentiasa mendoakan yang terbaik tuk Eryna dan Along...

Friday, October 16, 2009

Basikal baru

Kemarin (15/10/09) hari yang paling seronok untuk Along.Dia dapat basikal baru yang dah lama dia minta dan dah pun tertunai.

Sebenarnya beli basikal ni dari hasil simpanan along sendiri.Sebab selalu pesan pada along kalau nak apa2 along kena simpan duit sendiri..

Alhamdulillah along ikut apa yang disuruh sampai suh kongsi ngan adik pun dia tak mau.Takut duit jadik sikit kot..

Bagi wani nih bukan la kes mendera atau ambil duit anak-anak.Cuma nak menggalakan anak-anak supaya suka menabung.Bila dah terbiasa menabung anak-anak nih akan lebih menghargai apa yang ada disekeliling mereka..:)

Aik!!Muka cam tak suka ja...atau geram sebab kena posing dulu..





Bila dah ada basikal ni, tak kira masa along asyik ajak main basikal ja.Waktu masak pun dia nak main gak.Sampai dah tak tau nak bagi alasan apa kat dia...Tapi kalau nak lepas dia sorang-sorang main kat depan umah ni rasa takut pulak sebab tak nampak depan mata ni..

Akhirnya bila sudah mandi petang baru la along dapat keluaq.Main-main kat depan umah ni ja..Selagi tak bawak along main-main,rasa kesian dan bersalah pulak...Tak kan ada basikal nak simpan pulak kan..hikhikhik..

Wednesday, October 07, 2009

Along dan Eryna beriadah

"Jom kita pi taman ibu.Along boring la asyik dok umah ja.Tadak sapa pun nak bawak along jalan2"

Amboi sedih sungguh ayat tu bila tiap kali along nak kuaq bermain....

"Ok ibu leh bawak turun tapi kena tidoq dulu"

Terus along tidoq.Punya la semangat nak turun.Sian ja rasa..Kalau tak, mana la along nak tidoq siang hari..Payah..Kalau letih mungkin la..hikhikhik

Muhammad Iman Hafiz....







Nur Arissa Eryna....






Along dan adik...







Tuesday, October 06, 2009

Allergic

Pagi kemarin bila along bangun dia kata badan dia gatai2.Bila buka baju tengok badan dia merah2 macam kena gigit nyamuk.

Dan selalunya kalau jadik cam tuh bila mandi gatai tuh akan hilang.Badan along ni sensitif sangat.Kalau kena habuk/bulu atau salah makan mesti naik merah2 kat badan dia.

Bila waktu petang along main cam biasa.Tambahan sepupu ngan tok singgah rumah sat sebab nak hantaq 'mak ndak' ke airport nak balik sarawak.

Bila semua dah balik dan waktu kami rehat-rehat tuh along kata gatai balik.Dan kali nih lagi teruk badan dia.Badan along dah jadik cam "kelopak garam"..

Langkah pertama tuh wani letak bedak sejuk di badan along.Pas pada tu along tidoq.Ingat kan dah ok tapi bila dia terjaga dalam kul 1 pagi dia garu-garu tak berhenti.Sian tengok masa tuh.Dia kata dah tak tahan.Gatai sangat...

Waktu tu juga hubby bawak along ke klinik 24 jam.Tapi wani tak ikut sebab hubby suh dok umah ja jaga Eryna.Sian ganggu dia pagi-pagi.



Bila balik, hubby terus bagi along makan ubat dan sapu ubat kat badan..Along memang tak larat dah.Ngantuk...Badan dia abih calaq2 sebab dok garu..ermmm..

2 ubat makan,1 ubat sapu.Total RM50

Nasib baik la along jenis yang senang makan ubat berbanding adik dia...(Errmmm..sedapnya ubat tuh)